Seruan Kepada Veteran, Ayuh Berhimpun di Perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada 9 Mei 2024

Mari Berhimpun di Perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya

Khamis, 9 Mei 2024
Jam 9.00 pagi

 

Saya memohon dan merayu semua veteran ATM yang berpencen, tidak berpencen dan bekas tentera yang diberhentikan untuk sama-sama hadir beramai-ramai di Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada Khamis, 9 Mei 2024.

VETERAN BANGKIT
Rayuan Kerajaan dalam usaha MENAFIKAN HAK KITA. Lebih sedekad lamanya Hak kita dinafikan. Setelah menang di Mahkamah Tinggi masih dinafikan !!!

BANGKIT VETERAN
Sertai Perhimpunan Aman kita ….

Seruan saya kepada semua sahabat Veteran dan bekas tentera,

JANGAN TAKUT, JANGAN GENTAR dan KITA BANGKIT

Kita hadir beramai-ramai dalam perhimpunan aman, hak asasi kita yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Kita hendak menunjukkan bahawa kita BERSATU dan tidak berpecah belah. Kita hendak menunjukkan KEKUATAN SEMANGAT kita melalui PERHIMPUNAN AMAN.

Saya menjelaskan bahawa mengambil contoh dalam keputusan kes Mahkamah Rayuan pada 29 April 2014, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membatalkan pertuduhan menganjurkan perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mac 2013.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Rujuk liputan Astro Awani.

Saya menyeru rakan-rakan veteran yang kreatif untuk menterjemahkan tulisan saya ini kepada bentuk grafik dan edarkan kepada seberapa ramai veteran yang boleh untuk menunjukkan kehadiran yang maksima.

Veteran ATM adalah pahlawan yang gagah, tidak gentar semasa dipertempuran demi negera. Bertemu sahabat lama adalah anugerah, marilah bersama saya di Mahkamah Putrajaya pada Khamis, 9 Mei 2024 jam 9 pagi tanpa gagal demi memperjuangkan sisa-sisa hidup kita yang masih ada.

You can viral my firm stand on my plight about the poor veterans welfare to anyone you wish. I am not paid to fight for the poor veterans nor I have any personal agenda to gain. BUT REMEMBER THIS: IF I WIN NOT ONLY THE POOR VETERANS WILL BENEFIT BUT THE RICH AND THOSE VETERANS WHO ARE AGAINST ME WILL ALSO GET THE BACKDATED AND MANY OF THEM WILL GET MORE THAN DOUBLE OR TRIPPLE WHAT THE POOR OTHER RANK VETERANS WILL GET. SHAME ON THEM!

Perjuangan saya melalui Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia jelas, khusus untuk Veteran, sama ada berpencen atau tidak berpencen, bekas tentera yang diberhentikan kerana tatatertib dan balu-balu veteran atau bekas tentera yang perlu mendapat pembelaan. Tidak mengira sama ada mereka ini menyokong saya, menentang saya atau membenci saya. Semua akan mendapat faedahnya apabila kemenangan meyebelahi kita.

MMR

One Comment:

  1. Mohd shahar bin marsan

    Salam saya adalah veteran berpencen dan saya ingin tahu bagaimana utk saya menjadi ahli dan saya harap tuan dapat menghantar email borang keahlian kepada saya melalui WhatsApp nombor 01116430463. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *