PERJUANGAN SAYA, (MEJ MIOR ROSLI), DALAM PSPRM

PERTAMA

Perjuangan saya dalam PSPRM tentang pencen ada empat isu utama:
a. Peyelarasan pencen;
b. Veteran tak berpencen;
c. Bekas tentera yang tak layak jadi veteran kerana di berhentikan kerana disiplin; dan
d. Pencen Hilang Upaya (PHU) dan layan sentiasa.

Buat masa ini saya di nasihatkan oleh peguam saya supaya jangan bertindak terhadap kesemuanya secara serentak kerana takut mereka (kerajaan) menolak satu, mereka akan menolak kesemuanya.

Saya sudah memperjuangkan isu-isu ini dari sudut undang-undang sudah 10 tahun lamanya. Saya sudah meneliti undang-undang mengenai setiap isu yang saya sebut diatas.

Dari sudut undang-undang, hanya PENYELARASAN PENCEN sahaja perlu di bawa ke Mahkamah Tinggi (dan Mahkamah Persekutuan) kerana ianya melibatkan tafsiran peraturan yang diwartakan, undang-undang persekutuan, dan Perlembagaan Persekutuan. Dan ianya memerlukan satu semakan kehakiman (Judicial Review) dilakukan terhadap tindakan Pihak Eksekutif kepada kita. DALAM UNDANG-UNDANG, HANYA MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN SAHAJA YANG BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN INI. TIDAK ADA MAHKAMAH ATAU SIDANG LAIN YANG BERKUASA MELAKUKANNYA.

Bagi VETERAN TAK BERPENCEN, Kita tidak perlu bawa perkara ini ke mahkamah kerana Duli Yang Maha Mulia SPB YDPA memberi kuasa kepada MAT untuk melakukanya dalam Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi Negara) dan dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Saya akan membuat satu memorandum undang-undang kepada semua Ahli-ahli MAT yang terdiri dari:

a. MENHAN (Pengerusi MAT)
b. KSU KEMENTAH (Setiausaha MAT)
c. Wakil Majlis Raja-Raja Melayu (saya akan salinkan kepada Semua Raja-Raja Melayu).
d. Kepada semua Panglima ATM, Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, dan, d. Pegawai Kanan yang jadi ahli dalam ATM.

Bagi BEKAS TENTERA YANG TIDAK LAYAK DI IKTIRAF SEBAGAI VETERAN, saya perlu memohon kepada kerajaan (Menhan) untuk membuat pindaan Rang Undang Undang bagi meminda undang-undang Akta Veteran 2012/Akta 740 terlebih dahulu. Selain dari itu saya dapati ada 9 lagi ayat/peruntukan dalam Akta Veteran tersebut yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ini tidak di laksanakan, tidak ada pengampunan boleh di lakukan dan tidak ada mahkamah boleh reda kan isu ini. Perkara yang di sebut dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah semasa mahkamah Tentera sedang berjalan atau menjatuhkan hukum. Pengampunan Tuanku YDPA tidak terpakai bagi mereka yang sudah lama menjadi bekas tentera.

Bagi PHU /LAYAN SENTIASA juga ada lah di bawah kuasa MAT.

Perjuangan pertama saya diatas adalah untuk semua veteran dan bekas tentera tidak kira pangkat, samaada mereka sokong atau jadi ahli PSPRM atau tidak.

KEDUA

Perjuangan kedua saya dalam PSPRM adalah untuk membangunkan Socio-ekonomi ahli-ahli PSPRM didalam Industri Pemakanan Negara yang Holistik. Rancang saya ini melibatka koperasi Agro PSPRM (yang telah diluluskan). Rancangan ini ada lah rancangan dalaman PSPRM dimana saya telah rancang dan kenal pasti seperti berikut:

a. Mengagihkan 22,000 Hektar tanah pertanian yang saya sudah kenal pasti wujud tanpa lagi melalui pejabat tanah.

b. Mewujudkan perkampungan Veteran berhampiran tanah pertanian yang di agihkan.

c. Membanggunkan Industri Pemakanan Negara secara holistik (Tanaman, ternakan, pengakutan, pengilangan, Borough dan peruncitan)

d. Ini juga termasuk membuat terenakan ikan air masin di laut.

PSPRM juga akan membantu kerajaan dan Rakyat Malaysia untuk menguragkan harga makanan asas utama seberapa banyak yang boleh.

KETIGA

Memastikan kebajikan Aggota ATM terjaga dengan tindakan seperti berikut:

a. Mendedahkan Kezaliman yang berlaku dalam ATM

b. Mendedahkan sebarang salahguna kuasa dan Rasuah dalam ATM.

KEEMPAT

Kami di dalam PSPRM membuka pintu kepada orang awam yang professional, suami/isteri veteran, anak/menantu veteran dan cucu-cucu veteran.

Bagi cucu-cucu veteran kami ada didik mereka dalam semua ilmu kehidupan sehingga mereka ke menara gading dan menjadi pemimpin yang baik untuk generasi akan datang.

EMPAT PERKARA TERSEBUT DIATAS ADALAH SEBAHAGIAN UTAMA PERJUANGAN/OBJEKTIF PSPRM. JIKA TUAN2 DAN PUAN2 BERMINAT SAYA NASIHATKAN AGAR TUAN2 DAN PUAN2 SERTAILAH PSPRM HARI INI SEBELUM TERLAMBAT DAN KETINGGALAN. PSPRM MEMPUNYSI CAWANG DAN PENGERUSI DI SETIAP NEGERI HINGGA KE SARAWAK DAN SABAH.

SILA SEBAR LUAS MAKLUMAT SAYA INI KEPADA SEMUA KENALAN.

12 Jun 2023

Mej Hj Mior Rosli, TUDM (Bersara)
Presiden PSPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *