Kata Aluan

Semoga Allah melimpahkan keselamatan, rahmat, dan keberkahan untuk kalian.

Saya, Mej Hj Mior Rosli bin Dato Hj Mior Mohd Jaafar, TUDM (Bersara), selaku Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), megucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang ke sesawang PSPRM yang tidak seberapa ini.

Awal mula pertama mula saya ingin menerangkan tujuan dan agenda utama kenapa PSPRM di tubuhkan. PSPRM di tubuhkan dengan rasminya pada bulan Jun tahun 2022 setelah saya dan beberapa rakan veteran ATM berjuang menuntut penyelarasan pencen veteran ATM yang tidak di laksanakan oleh kerajaan pada tahun 2013 selepas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan kenaikan pencen 2% secara otomatik setiap tahun tanpa menunggu 10 tahun sekali.

Pada mulanya semua rakyat merasa seronok kerana pencen kita akan meningkat setiap tahun tetapi tanpa di sedari kenaikan 2% ini telah merugikan pesara yang telah tua menunggu mati. Kebanyakan veteran mendapat pencen RM 500 sebulan dan kenaikan 2% setahun bermakna pencen mereka hanya naik RM10 sahaja setahun. Untu mendapat kenaikan pencen ke RM600 akan mengambil masa lebih kurang 8-9 tahun. Dengan masa yang sama mereka yang didalam perkhidmatan dapat kenaikan gaji berlipat kali ganda. Akhirnya mereka yang setaraf dengan yang mendapat pencen RM500 yang bersara selepas Januari 2013 akan dapat pencen melebihi 3 kali ganda dari mereka yang bersara sebelum 2013.

Jika mengikut undang-undang yang ada Gaji ( Seksyen 157 AAT72) dan Pencen (Seksyen 187 AAT72) adalah dibawah kuasa DYMM SPB YDPA yang di berikan kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT). MAT mendapat kuasa Am YDPA di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan (Undang-Undang tertinggi Negara). Selain dari Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan, YDPA juga adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan (Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan). ATM juga adalah salah satu dari Perkhidmatan Awam (Public Services) yang sering di salah ertikan dengan Perkhidmatan Awam Am ( Civil Service) seperti yang di senarikan di bawah Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Setiap perkhidmatan awam yang di senaraikan di bawah Perkara 132 mempunyai Suruhanjaya mereka sendiri dan ATM mempunyai satu Majlis diama keahliannya unik dan berbeza denga Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain. Hanya MAT sahaja mempunyai wakil Raja-Raja Melayu yang di lantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pencen Perkhidmatan-perkhidmatan awam adalah di jamin oleh kerajaan di bawah Perkara 148 dan Perkara 180 Perlembagaan Persekutuan. Dan walau apa pun yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak boleh di cabar (lihat Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan).

Semua peraturan pencen ATM adalah di bawah warta kerajaan P.U.(A) 123 tahun 1982. Ianya tidak sama dengan peraturan pencen Perkhidmatan Awam yang lain di mana mereka tertakluk kepada Akta Pencen 1980 dan Akta Penyelarasan Pencen 1980. ATM dikecualikan dan tidak terikat kepada kedua-dua Akta ini. Maka apa-apa keputusan mahkamah walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan, ianya tidak ada kena mengena dengan ATM. Masaalah yang timbul apbila terdapat beberapa penasihat undang-undang tidak faham peruntukan dan perundangan ini menasihati Kerajaan, Jeneral-Jeneral dan bekas-bekas Jeneral dengan maklumat yang salah, maka wujudlah kekeliruan dan perpecahan di kalangan veteran dan pegawai awam dan Panglima-Panglima didalam perkhidmatan.

Sejak tahun 2014 hingga 2022 saya telah berjumpa ramai pemimpin politik di dalam kerajaan dan pembangkang dan juga beberapa Panglima-Panglima ATM (PAT) tetapi mereka tidak berani bertidak bila mereka memegang kuasa.

Maka saya dan beberapa rakan-rakan pada bulan Jun tahun 2022 telah mengambil keputusan untuk mengadakan perhimpunan kebangkitan veteran di Tugu Negara di Kuala Lumpur dan menubuhkan PSPRM. Kami seterusnya mengadakan perhimpunan yang sama di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak yang kesudahanya kami mengambil keputusan untuk menuntut hak penyelarasan Pencen kami di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Untuk pendekkan cerita, pada 5hb Mac 2024, mahkamah telah memehak kepada kami dan kami telah menang. Walaubagaimanapun pihak defenden masih mahu menegakkan benang basah untuk tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dengan beberapa alasan dan fakta-fakta yang tidak boleh di terima oleh akal.

Perjuangan PSPRM bukan setakat isu penyelarasan pencen sahaja. Kami sekarang sedang menyiapkan satu kertas cadangan bagi nasib Veteran Yang Tidak Berpencen dan Bekas Tentera yang Diberhentikan atas Tatatertib untuk tindakan lanjut MAT dan Kerajaan Malaysia. Selepas ini kami akan membuat kertas cadangan bagi mereka yang Cedera Perang dan Cededera dalam Perkhidmatan (PHU-Pencen Hilang Upaya dan Layan Sentiasa), InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua PSPRM bukan Persatuan Veteran. Ianya adalah sebuah NGO yang di daftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). PSPRM tidak tertakluk dibawah Akta Veteran 2012 tetapi Kebanyakan ahli-ahli nya adalah ahli-ahli Persatuan Veteran yang di daftarkan di bawah Jabatanarah Hal Ehwal Veteran (JHEV). PSPRM memperjuangkan kan perkara-perkara yang veteran tidak boleh memperjuangkan di bawah Persatuan Veteran. PSPRM juga tebuka kepada Isteri/Suami, Anak/Menantu, dan Cucu-Cucu Veteran dan Orang awam yang mempunyai semangat Patriotik untuk membanggunkan Rakyat dan Negara. PSPRM bukan Pertubuhan politik tetapi lebih kepada kumpulan pendesak kepada kerajaan. Jika semua veteran dan keluarga sahaja bersatu keahlian nya boleh mencapai maksima 3 juta ahli. Ini tidak termasuk keahli orang awam/rakyat yang lain. Ada banyak agenda PSPRM selain dari isu kebajikan veteran ATM. Kita akan menumpukan juga tentang ekonomi rakyat, mendidik anak muda menjadi manusia yang beriman dan berguna, menentang segala jenis maksiat, Jenayah terutamanya Rasuah dan Salahguna kuasa pemimpin-pemimpin di semua peringkat. PSPRM juga setakat ini mempunya Koperasi Agro nya sendiri dimana ia bercita-cita untuk selain dari mencari pendapatan untuk ahlinya, ianya cuba untuk mengurangkan kos harga makanan utama dan asas Rakyat.

PSPRM juga akan berkerja sama dengan NGO lain sekiranya Perjuangan mereka mempunyai ciri-ciri Patriotik yang sama denga PSPRM. PSPRM bukan musuh kerajaan tetapi PSPRM akan tetap memantau sekiranya kerajaan bertindak diluar Perlembagaan dan Rukun Negara.

Saya harap mukadimah saya ini akan membuka mata semua veteran ATM, semua pesara awam, mereka yang masih berkhidmat dan rakyat jelata tentang konsep Patriotik yang kami suarakan.

Saya akhiri dengan Penutup kata, saya sampaikan

Mej Hj Mior Rosli bin Dato Hj Mior Mohd Jaafar, TUDM (Bersara)
J.S.D, Dip Pub Adm, Dip Pol Sc, LLB, LLM, MSc HRD.
PRESIDEN PSPRM

17 April 2024

Sila baca juga Perjuangan saya dalam PSPRM

 

Comments are closed.