Tentang Kami

SUARA SEMANGAT RAKYAT SAYANGKAN NEGARA YANG BERJIWA PATRIOTISMA

1. Mengajak rakyat menyemaikan semangat perpaduan antara kaum

2. Membantu dan menyemaikan semangat ketahanan nasional serta jatidiri mulia dikalangan keseluruhan rakyat Malaysia.

3. Menyatupadukan rakyat berteraskan prinsip rukun negara.

4. Mengajak rakyat membasmi salahguna kuasa dan rasuah.

5. Membina masyarakat sivik yang berpegang erat pada kedaulatan undang-undang.

Keahlian

a. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
b. Umur Minima :  25 tahun (Ahli Biasa), 18 tahun (Ahli Bersekutu), 14 tahun (Ahli Remaja)
c. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
d. Keturunan : Semua
e. Jantina : Semua
f. Agama : Semua
e. Kriteria keahlian Yang Lain: Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolah sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat dimana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

Sekiranya tuan dari negeri Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Putra Jaya, silalah hubungi mereka. Diatas sebab-sebab tertentu sekiranya tuan gagal menghubungi Cawangan Negeri, sila berhubung dengan Pusat.

YURAN

Bayaran Masuk:

RM 20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh sahaja) sekali bagi setiap kali pendaftaran baru.

Yuran Tahunan:

– Ahli Biasa: RM 20 (Ringgit Malaysia: Dua puluh sahaja)

Borang Keahlian

 

Muat Turun

Baca

Masih ada kemusykilan? Baca Soalan Lazim.

 

Comments are closed.