Soalan Lazim

Saya ada mendengar tentang Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) ini. Saya keliru apakah tujuan sebenar PSPRM ini ditubuhkan, apa matlamat dan objektifnya? Apa yang nak diperjuangkan? Adakah sama seperti banyak persatuan veteran yang lain?

Perjuangan PSPRM bukan setakat isu penyelarasan pencen sahaja. Kami sekarang sedang menyiapkan satu kertas cadangan bagi nasib Veteran Yang Tidak Berpencen dan Bekas Tentera yang Diberhentikan atas Tatatertib untuk tindakan lanjut Majlis Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia. Selepas ini kami akan membuat kertas cadangan bagi mereka yang Cedera Perang dan Cedera dalam Perkhidmatan (PHU-Pencen Hilang Upaya dan Layan Sentiasa), InsyaAllah. Secara umumnya, Persatuan Veteran lain juga ada matlamat dan objektifnya yang tersendiri, namun pendekatan dan cara mungkin berbeza, nilaikan sendiri kekuatan inisiatif pucuk pimpinannya.

Adakah Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) ini menentang kerajaan atau anti kerajaan kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan dan membawa kes ke Mahkamah? Adakah pertubuhan ini berbau politik atau ada agenda tersembunyi khususnya melibatkan politik?

Tiada isitilah menentang atau anti kerajaan dalam PSPRM. Kita rakyat Malaysia, kita adalah campuran veteran dan orang awam, termasuk anak, isteri dan cucu. Kita sayangkan negara Malaysia, kita lahir dengan semangat patriotik, sayang dan cinta terhadap negara. Kita mendengar suara-suara rintihan mereka yang merasakan perlu ada penambahbaikan terhadap sistem yang sedia ada dan memperbaiki kelemahan yang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kita mendengar dengan teliti keluhan orang-orang bawahan yang mahu nasib mereka diperjuangkan selagi ada hayat dan kekuatan. Kita tiada kaitan dengan politik tetapi kita akan berurusan dengan orang politik yang memegang kuasa dan tampuk pemerintahan.

 Bagaimana saya hendak menjadi ahli kepada Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM)?

Sekiranya tuan dari negeri Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Putra Jaya, silalah hubungi mereka.

Diatas sebab-sebab tertentu sekiranya tuan gagal menghubungi Cawangan Negeri, sila berhubung dengan Pusat.

Sila muat turun borang keahlian dan baca panduannya disini.

Siapa yang layak menjadi ahli PSPRM?

Rakyat Malaysia berusia minima 14 tahun boleh menjadi ahli. Jenis-jenis ahli terdiri dari Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Remaja mengikut syarat yang ditetapkan dalam perlembagaan pusat.

Berapakah yuran yang dikenakan untuk menjadi ahli PSPRM?

Yuran Pendaftaran: RM 20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) sekali bagi setiap kali pendaftaran baru. Untuk Yuran Tahunan berbeza mengikut jenis keahlian. Ahli Biasa. RM 20. Ahli Bersekutu – RM 10. Ahli Remaja – RM 5 sahaja.

Jadi jumlah bayaran yang perlu dijelaskan untuk kali pertama ialah yuran pendaftaran dicampur yuran tahunan. Contoh RM 20 (yuran pendaftaran) + RM 20 (yuran tahunan) = RM 40 sahaja. Sila muat turun borang keahlian dan baca panduannya disini.

Saya seorang bekas tentera yang tidak berpencen dan saya telah diberhentikan perkhidmatan kerana kesalahan tatatertib. Saya tidak berpuashati kerana saya ditamatkan perkhidmatan menyebabkan saya tidak layak mendapat kemudahan sebagai veteran. Adakah PSPRM boleh memperjuangkan nasib saya kerana perkhidmatan saya kepada negara terdahulu sepertinya tidak dihargai diatas kesalahan kecil yang saya lakukan. Adakah saya boleh mendapat pengampunan?

Kami sekarang sedang menyiapkan satu kertas cadangan bagi memperjuangkan nasib Veteran Yang Tidak Berpencen dan Bekas Tentera yang Diberhentikan atas Tatatertib untuk tindakan lanjut Majlis Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia. Rintihan dan keluhan anda didengari dan kami akan memperjuangkannya. Beri kami sedikit masa untuk menyediakan segala keperluan untuk perkara ini dibawa ke atas. Sertai kami untuk kita sama-sama membina kekuatan.

Saya seorang bekas tentera yang tidak berpencen. Saya menamatkan perkhidmatan kerana pada waktu itu saya tidak berminat untuk meneruskan perkhidmatan kerana sebab-sebab peribadi. Saya tiada masalah disiplin dan saya mendapat kemudahan sebagai veteran. Adakah PSPRM boleh membantu memperjuangkan untuk saya mendapat pencen setelah berkhidmat melebihi 10 tahun?

Kami sekarang sedang menyiapkan satu kertas cadangan bagi memperjuangkan nasib Veteran Yang Tidak Berpencen dan Bekas Tentera yang Diberhentikan atas Tatatertib untuk tindakan lanjut Majlis Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia. Rintihan dan keluhan anda didengari dan kami akan memperjuangkannya. Beri kami sedikit masa untuk menyediakan segala keperluan untuk perkara ini dibawa ke atas. Sertai kami untuk kita sama-sama membina kekuatan.

 Saya seorang ahli PSPRM, adakah isteri, anak dan cucu saya boleh menyertai PSPRM?

Sangat digalakkan. Kita mahu kesinambungan terhadap perjuangan anggota veteran dan bekas-bekas tentera serta waris-warisnya. Soladiriti, persahabatan dan persaudaraan kita tetap utuh apabila kita bersatu di bawah payung organisasi kita. Sila muat turun borang keahlian dan baca panduannya disini.

Saya mendapat tahu ada ahli remaja dalam PSPRM untuk yang berusia dibawah 18 tahun. Saya mendapat tahu ada Pengakap Tradisi (Traditional Scout) hendak ditubuhkan. Bolehkah cucu saya menyertainya?

IN PROGRESS

Comments are closed.