Cara Mengisi Borang Keahlian PSPRM

Borang yang disediakan di laman web ini adalah Borang Keahlian secara umum, tidak spesifik kepada mana-mana Cawangan Negeri atau Pusat. Namun borang ini boleh diguna pakai. Semua pembayaran sangat digalakkan secara pindahan bank (bank transfer) dan mohon elakkan membuat pembayaran secara tunai. Sila dapatkan nombor akaun bank dari cawangan negeri masing-masing.

Negeri Kedah / Perlis / Pulau Pinang, , Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Sarawak, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Putra Jaya, silalah hubungi mereka. Diatas sebab-sebab tertentu sekiranya tuan gagal menghubungi Cawangan Negeri, sila berhubung dengan Pusat.
Muat turun

Yuran Pendaftaran: RM 20 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) sekali bagi setiap kali pendaftaran baru.

Untuk Yuran Tahunan berbeza mengikut jenis keahlian.

Ahli Biasa. RM 20.  Terdiri dari Veteran dan orang awam yang berusia 25 tahun dan ke atas.

Ahli Bersekutu – RM 10. Terdiri dari isteri, anak atau keluarga berusia 18 tahun dan ke atas.

Ahli Remaja – RM 5 sahaja. Terdiri dari anak atau keluarga berusia 14 tahun dan keatas dan mesti mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga.

Jadi jumlah bayaran yang perlu dijelaskan untuk kali pertama ialah yuran pendaftaran dicampur yuran tahunan. Contoh RM 20 (yuran pendaftaran) + RM 20 (yuran tahunan) = RM 40 sahaja.   

Lihat contoh borang dan catatan seperti di bawah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *